Laman sedang dimuat turun

>> KALENDAR
>TENTANG KAMI

Profail Syarikat

Rakan Niaga

>>~PRODUK & KHIDMAT

Pembangunan Perisian

Pembangunan Web

Pemb. Multimedia

Latihan & Perundingan

Integrasi Sistem

Program Affiliate

~Info - Webmaster
>> PELAWAT

   pelawat

   pelawat online

news.gifBerita

Karnival Keusahawanan KPTM Alor Setar 2010 - oleh zaidi

Karnival Keusahawanan & Pelancaran Inkubator Usahawan Muda Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar 2010 telah diadakan pada 7hb Ogos 2010 bertempat di Taman Puyu, Alor Setar. Sempena majlis tersebut, penyampaian Sijil Penghargaan kepada mentor yang dilantik telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Sohaimi Shahadan, Pengerusi KPTM.

 

kptmas3.jpg


Seminar E-Business - oleh zaidi

Seminar E-Business anjuran Kelab Keusahawanan Korporat Universiti Utara Malaysia telah diadakan pada 6hb Ogos 2010 bertempat di DKG4/1. Seramai 87 peserta hadir terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai program.

Bengkel Blogger 2010 Siri 2 - oleh zaidi

Bengkel Blogger 2010 telah berlangsung pada 4hb Ogos 2010 bertempat di Makmal ICT 1, Tingkat 17, Bangunan PTTC. Seramai 18 peserta terdiri dari Ketua-ketua Kampung telah hadir. Bengkel sehari ini bertujuan untuk memperkenalkan laman blog. Peserta telah dapat membuka akaun blogspot masing-masing dan memulakan masukan entri.


smileys/wink.gifSeminar Keusahawanan ICT Anak Perak 2010 - oleh zaidi

Sempena Seminar Keusahawanan ICT 2010 Mahasiswa Anak Perak yang telah diadakan pada 11hb Julai 2010 bertempat di ADTEC Taiping, Majlis menandatangani MOU telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak , YB Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid. MOU berkenaan adalah antara ITFT International (M) Sdn Bhd dan KPTC. KPTC akan menguruskan beberapa projek animasi dan dokumentari untuk tayangan TV.

mouKPTC11072010.jpg


Program Pembangunan Usahawan Tekno - oleh zaidi

Program Pembangunan Usahawan Tekno pengambilan pertama 2010 telah bermula pada 1hb Jun 2010. Seramai 10 orang peserta telah dipilih. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Perak dan diuruskan oleh Konsortium Perak Technobiz Corporation (KPTC). Jangkamasa kursus ialah selama 3 bulan. Pengambilan kedua adalah pada September 2010.


Pertandingan Rancangan Perniagaan Pelajar MBA UUM - oleh zaidi

Satu pertandingan Rancangan Perniagaan dikalangan Pelajar MBA, UUM telah diadakan pada 18hb April 2010 bertempat di Angkasa Training Centre (UUM)Medan Gopeng,Ipoh, Perak. Sebanyak 5 kumpulan membentangkan Rancangan Perniagaan masing-masing. Semua projek yang dibentangkan ialah projek sebenar yang telah dilaksanakan atau dirancang untuk perlaksanaan. Seramai 23 orang pelajar Master of Business Administration, Universiti Utara Malaysia telah menyertai pertandingan tersebut dalam 5 kumpulan.

Pertandingan Rancangan Perniagaan COB - oleh zaidi

Rancangan Perniagaan untuk Pelajar UUM telah diadakan pada 6hb April bertempat di Dewan Seminar College of Arts and Science. Seramai 120 orang pelajar hadir. Antara projek yang diadili ialah Cuci-cuci services, Mix & Match, Carwash Services.


smileys/biggrin.gifMajlis Graduasi Peserta KPerak Technobiz - oleh zaidi

Majlis makan malam sempena graduasi peserta KPerak Technobiz telah diadakan pada 5hb Februari 2010 bertempat di Restoran Simpang Tiga,Ipoh, Perak .Seramai 11 peserta telah menerima sijil tamat latihan daripada Dato' Yaakob Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak INC.

graduasibatch1.jpg

Bengkel ICT untuk pelajar TESL - oleh zaidi

Bengkel ICT Based Teaching Solutions telah diadakan pada 17hb. Disember 2009 bertempat di UiTM Perak, Sri Iskandar. Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar TESL.
Antara kandungan bengkel ialah demonstrasi penggunaan teknologi Web 2.0 untuk meningkatkan keberkesanan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris, Kaedah menggunakan Enjin Carian dan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran di internet.

Kursus MSC Jobcamp Batch 13 - oleh zaidi

Kursus MSC Jobcamp TCP/IP Networking Batch 13 telah berlangsung pada 7hb hingga 21hb Disember 2009 bertempat di Kolej Teknologi Bestari, Putera Jaya, Setiu, Terengganu.

Seramai 16 orang siswazah diploma hadir.
tongue

Bengkel Halatuju Perak Amanjaya - oleh zaidi

Bengkel halatuju Perak Amanjaya telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut, Lumut.

Seramai 100 orang peserta terdiri dari daripada ketua-ketua jabatan agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO telah hadir untuk merancang dan menggariskan strategi-strategi pembangunan negeri Perak untuk RMK-10.

Majlis Penutup Bengkel telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak.

Kem Ekonomi Kelab Bakti Gunung Kledang - oleh zaidi

Kursus Membina Laman Web di KPerak Academy, PTTC, Ipoh. Seramai 33 Peserta telah hadir. Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di suruh Negeri Perak Darul Ridzwan.
Kem ini adalah dianjurkan oleh Kelab Bakti Gunung Keledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Negeri Perak dan KPerak INC.

Kursus Peningkatan Kemahiran Baik Pulih Komputer - oleh zaidi

Kursus Peningkatan Kemahiran Baikpulih Komputer untuk pensyarah-pensyarah Politeknik anjuran Politeknik Muadzam Shah telah dilaksanakan pada 27 hingga 30hb Oktober 2009 bertempat di Felda Residence Kuala Terengganu.
>P1020541.jpg

Kursus Komprehensif Pembentukan Usahawan - oleh zaidi

Seramai 12 peserta telah menyertai kursus pembangunan laman web anjuran Uniutama Management Holdings Sdn Bhd.bertempat di Makmal 4, COLGIS, UUM.malaysia.gif

Pertandingan Rancangan Perniagaan MBA UUM - oleh zaidi

Pertandingan Rancangan Perniagaan pelajar MBA(Master of Business Administration)UUM telah berlangsung pada 16hb Ogos 2009 bertempat di IKIP International College, Kuantan. Seramai 23 orang pelajar mengambil bahagian.

KPerak Technobiz Incubation Program - oleh zaidi

Seramai 23 calun telah hadir taklimat dan temuduga pada 28hb Julai 2009 bertempat di Conference Room, Level 11,Bangunan Perak Techno Trade Center, Ipoh.Mereka yang terpilih akan mendaftar pada 3hb Ogos 2009 untuk memulakan latihan pembangunan usahawan ICT selama 3 bulan sepenuh masa.
sinarIpoh.jpg

Bengkel Perancangan Perniagaan - oleh zaidi

Bengkel Perancangan Perniagaan kepada Infomediaries KPerak akan diadakan pada 20 hingga 22hb Julai 2009 bertempat di D,Batik Motel, Teluk Batik, Lumut, Ipoh.
telukbatik.jpg

MSC Jobcamp di Terengganu - oleh zaidi

Kursus MSC Jobcamp TCP/IP Networking akan diadakan di Terengganu pada 5 hingga 19hb Ogos 2009.

Sesiapa yang berminat sila hubungi 019-4080300 (Zaidi) dengan segera.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 20hb Julai 2009. Tempat terhad.

Program Pembangunan Usahawantekno KPerak - oleh zaidi

Pengambilan pertama Program Pembangunan Usahawan Tekno KPerak akan bermula pada 1hb Ogos 2009. Permohonan masuk dibuka sekarang.Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Zaidi (019-4080300).

Objektif:

Melahir dan membentuk usahawan tekno ICT bermula daripada penjanaan idea, pembangunan prototaip/produk, penyediaan perancangan perniagaan dan pembiayaan projek.

Jangkamasa:  6 bulan

Tempat        : KPerak Academy Technobiz Incubator,

                     Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre,

                     Ipoh, Perak Darul Ridwan.

Syarat Kemasukan:

1. Keutamaan akan diberi kepada graduan dalam bidang ICT (sijil,diploma atau ijazah) yang berminat menjadi usahawan sebagai kerjaya pilihan.

2. Warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih 40 tahun.


MSC Jobcamp 9 @ ZDIT Changlun - oleh zaidi

MSC Jobcamp Batch 9 telah dijalankan pada 29hb April hingga 13 Mei 2009. Seramai 20 peserta dari pelbagai negeri dan institusi telah hadir.

jobcamp9c.jpg

Bengkel Idea Generation Pre-Seed Fund - oleh zaidi

Bengkel Idea Generation telah diadakan pada 22 dan 23hb April 2009 bertempat di Tingkat 15, KPerak Academy, Bangunan Perak Techno Trade Centre, Ipoh , Perak.

Seramai 10 orang usahawan Infomediaries terlibat mewakili 9 syarikat ICT.

smileys/cool.gifMSC Jobcamp di Changlun,Kedah - oleh zaidi

Kursus MSC Jobcamp Batch 9 akan diadakan pada 29hb April hingga 13hb Mei 2009 bertempat di ZDIT Technovation Centre, Changlun, Kedah. Sesiapa yang berkelayakan (siswazah yang belum mempunyai pekerjaan) boleh memohon dengan segera sebelum 17hb April 2009.Tempat terhad.Hubungi Nazir 0134506060 atau Zaidi 019-4080300

smileys/cool.gifMSC Jobcamp-TCP/IP Networking - oleh zaidi

Kursus MSC Jobcamp:TCP/IP Networking Batch 8 akan bermula pada 6hb hingga 20hb April bertempat di K-Perak Academy, Tingkat 17, Perak Techno Trade Centre,Ipoh, Perak.

Selamat Datang kepada semua peserta dan selamat berkursus.


kperak_academy.jpg


Kursus Web portal - oleh zaidi

Kursus Membina Laman Portal akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 6 dan 13 Febuari 2009
Tempat : Makmal Komputer Eksekutif, Pusat konvensyen UUM
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Anjuran : Insitut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi UUM
Peserta : Ahli Siswaniaga UUM

poster1.jpg

 


Batch 3 MDeC Jobcamp @ UUM - oleh zaidi

Batch 3 MDeC Jobcamp telah bermula pada 13hb.Disember 2008 bertempat di Makmal Cisco, Fakulti Teknologi Maklumat,Universiti Utara Malaysia.Seramai 23 peserta telah mendaftar untuk kursus tersebut terdiri daripada pelajar tahun akhir program ijazah sarjana muda IT dan Multimedia UUM.

Gangguan server - oleh ZDIT

Kami memohon maaf kepada semua pengguna siswaportal kerana terdapat sedikit gangguan dalam portal.Masalah tersebut sudah diselesaikan.Terima kasih atas sokongan anda.


cadeau.gifHubungi Kami

ZDIT TECHNOVATION SDN BHD

No.31, Tingkat Atas,

Jalan Pekan Changlun 2,

06010 CHANGLUN,

Kedah.

Tel/Fax: 604-9243642


^ Atas ^